Saturday, 29 October 2011

Pengenalan

Masjid Al-Firdaus Melang merupakan masjid baru menelan belanja sebanyak RM3.1 juta mengantikan Masjid Melang dahulu dan ianya dibina atas permintaan yang tinggi oleh Ahli jawatankuasa masjid yang disebabkan oleh kepesatan dan kemajuan yang berlaku di kawasan Melang.Masjid  telah siap pembinaanya  pada 6 Jun 2011 dan masjid ini mampu memuatkan sehingga seribu orang jemaah disamping terdapat pejabat Imam dan Bilal, kemudahan OKU dan tempat mandi awam YB. Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad selaku Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah mengisytiharkan Masjid ini dalam masa yang sama dengan rasminya diguna pakai untuk Solat Jumaat dan Program Keagamaan sesuai dengan peranannya mulai 15.7.2011. Pada bulan Ramadan tahun 2011 masjid ini telah mula mengadakan solat tarawih. DYMM Tuanku Mukhriz  Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan juga telah sudi untuk mencemarkan duli berbuka puasa dan bersolat Maghrib dan Isyak bersama rakyat pada 18.8.2011.

Masjid Lama Dalam Kenangan